Andai aku mampu berbicara dengan masa
Sudah pasti aku lakukan ,
Andai aku mampu mengubahnya,
Sudah pasti aku mampu mengubahnya
Andai ku tahu , ajalmu akan menjelma,
Sudah pasti aku berada di sisimu …
15 tahun berlalu Aku masih mengingatinya Aiman asyraf , hadir dalam hidupku .Dia telah mengubah hidupku .Akhirnya pergi meninggalkanku .Aku menyesal . Pemergiannya kerana aku .Kerana aku ! . Aku yang tegar melupakan diri . Aiman asyraf ,maafkan daku meninggalkan dirimu sendirian .
Hari nie adalah hari terakhir berada di asrama sekolah . Beberapa orang sahaja yg belum lagi pulang ke rumah mungkin tunggu ibu bapa . Di dalam bilik sakit (asrama) .Hanya Iskandar sahaja tahu Aiman Asyraf di dalam bilik sakit .
“Iskandar , aku mintak maaf kalau aku menyusahkan , kau sahaja”Aiman Asyraf berkata
“Aiman aku tak kisah kerana engkau aku mampu berdiri kembali . Aiman , sepatutnya aku yang berterima kasih atas jasa budi baik engkau selamatkan
aku.”
“Is, pergilah tunaikan yang fardhu dahulu . Jangan lupa aku dalam bilik ini.”
“Insyaallah , aku sentiasa ingat kau”.
“Aku takut kalau-kalau kau lupa,tinggalkan aku dalan bilik sakit seorang diri . Kesian aku terjerit-jerit meminta tolong”.
“Insyaallah, aku tak lupakan kau” sambil tersenyum ikhlas kepada Aiman Asyraf .
Muka Aiman yang pucat amat memilukan hati aku. Aku rasa amat kesian . Kalau boleh aku tak nak langsung tinggalkan aiman keseorangan .
Perintah ALLAH hendaklah didahulukan . Aku akur .Aku melihat Aiman membalas senyuman aku.
____________________________________________________________________
Pulang solat Jumaat, Iskandar mendapat makluman ayahnya sudah sampai.Alangkah riangnya hatiku. Apatah lagi cuti akhir tahun sudah menjelma. Umpama merpati terbang di awangan dengan riang .Aku lupakan Aiman .Andai aku tahu kau jadi begini , akan aku sedaya upaya memutarkan kembali masa. Masa tinggal masa,memori tinggal memori . Aku melupakan terus Aiman yang kesepian .
____________________________________________________________________
Sehingga 2 bulan kemudian, pelajar tingkatan 5 iaitu Aku ,Arif , Yazid dan Zul disuruh oleh warden untuk mengemas kembali bilik sakit bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 yang baru . Aku berjalan bersama yang lain sambil gelak tawa . Berdegup kencang jantungku apabila pintu bilik sakit amat susah untuk dibuka . Sedaya upaya kami menolak pintu bilik sakit .Tersentap hebat jantungku apabila melihat dinding yang putih ‘dihiasi indah’ seakan darah .
“Eh, siapa pula yang menginap?” Yazid mula bersuara .
Aku kaku . Seolah-olah dunia ini bakal musnah .Apabila aku melihat pada siling kelihatan beribu-ribu origami burung.
“Is,lihat di atas sana , origami burung yang paling besar .Ada nama kau dan …… “
“Is, Aiman.. Aiman ..? mcm mana dia boleh …. ? Zul bersuara pula .
“Ya Allah , Aiman .. Aiman .. Aiman aku mintak maaf . Aku tak berniat untuk lupakan kau “. Aku mengalirkan air mata .”Aiman, ayahku datang menjemputku sesampai di asrama ketika aku pulang solat jumaat . Aku tak berniat lupakan engkau .”
“Is, tiada guna kau terus meratapi orang yang dah pergi mungkin ….”tidak sempat Arif meneruskan ayat yang terakhir . Zul bersuara .
“Is, ada surat untuk kau”
___________________________________________________________________
Aku terus meratapi di tepi kuburnya.Sehingga hari ini . Aku menyesal. Aku serba salah .Aku terus-menerus menangis .
Assalamualaikum ….
Titipan buat sahabat tersayang … Iskandar Farhan …
Mungkin ,di saat kau membaca warkah ini .Aku telah pergi menghadap Illahi .
Iskandar ,
Aku pernah membicaranya tentang ini … tak sangka apa yang ku sangka telah menjadi realiti … Is,aku tak marah Cuma aku hanya kecewa kerana kau menuturkan yang kau akan mengingatiku … namun ,apa yang terjadi telah menghancurkan hatiku …ketahuilah Iskandar sebernanya aku sudah memaafkan kau .. biarpun aku kecewa .. aku tetap menganggap kau sahabat sejati aku … Is, selama aku dalam bilik dalam bilik sakit ini …. Aku hanya mampu meraung , menjerit , untuk meminta tolong .Namun , apa dayaku … aku tidak tahan untuk terus hidup begini … tanpa minuman ,makanan yang telah melemahkanku.Is, origami di atas tanda kasih kita ,tanda kesengsaraanku . Is , jangan kau bersedih , teruskan hidup kau ingatlah memori sewaktu kita bersama ..
… izinkan aku pergi …
Sebaik aku menutup lipatan warkah tersebut , aku melihat dinding yang putih disimbahi darah bertulis `Sampai hati kau lupa aku ‘.Terlihat akan aku di atas siling dua origami burung yang paling besar . Di situ , terdapat dua nama iaitu Aiman Asyraf dan Iskandar Farhan dengan tulisan darah . aku menyesal . YA ALLAH derita sungguh kawan aku . AIMAN ASYRAF !
___________________________________________________________________
Selepas kejadian tersebut,Iskandar sentiasa menziarahi kubur Aiman . Ketika berada di kubur Aiman, Iskandar cuba menahan air matanya jatuh. DIa tidak perlu meratapi pemergiaan Aiman . Keluarga Aiman juga terima seadanya . Mereka juga redha walaupun Aiman adalah satu-satunya anak mereka .
Akhirnya , tamat sudah dunia persekolah . Iskandar adalah murid paling cemerlang .aku seperti nampak Aiman tersenyum ceria kepadaku. Aku seakan faham yang Aiman begitu bangga dengan Keputusan aku . Aiman sentiasa memberi semangat kepada aku.ketika aku dalam kesedihan, Aiman akan mendengar segala masalah iskandar. Aiman penah mengakatakan cita-citanya .Cita-citanya adalah doktor .
“Aiman , kepada kau nak sangat jadi doktor ?. aku bertanya Aiman
“Doktor adalah satu-satunya cita aku .Aku boleh menyelamatkan orang .Aku juga Ingin membuka pusat perubatan bagi orang-orang miskin . Kekayaan tidak membawa kemana Is .Tapi aku takut sangat tak dapat kotakan cita-cita aku ini .” kata Aiman dalam perasaan gembira campur sedih .
“ Aiman,jangan kau katakan macam tu . Aku tak suka .Aku tau boleh . Kita bukak sama-sama. Kita namakan pusat tersebut `AIMAN ISKANDAR’ sedap tak ? nama itu adalah nama gabungan kita. Persahabtan kita sampai hujung nyawa .” Iskandar tersenyum .
“Sedap.hahaha . Kalau aku takde nanty aku nak kau bukak jugak pusat tu .Janji tau”
“Insyaallah .
Hari ini genap 20 tahun.Aku sudah tunaikan segala janji-janjiku AIMAN .,Kisah yang masih membayangi hidupku Aiman asyraf yang telah ku anggap seorang abang biarpun kami sebaya tika itu .Dia seorang yang mengambil berat , menyayangiku akan aku pula melupakannya . Betapa tegarnya aku . Tirai malam mula berlabuh .Embun pagi mula mengisi .Sungguh panjang lamunan aku, Argh … ! aku menguap seketika .Di saat mata mula tertutup ,aku terlihat seorang lelaki meminta tolong aku . Pada mulanya , kedengaran tidak berapa jelas butir bicaranya , di saat aku menghampirinya, aku terkejut dia memanggil namaku . Aku terkesima .Dia adalah Aiman Asyraf ,sahabatku AIMAN …! Aku menjerit namanya . Ah .. ! mimpi sahaja .Hari-hari yang ku alami seperti hari semalam .Memori silam dan duka penuh penyesalan sentiasa membayangiku . Aku bingkas bangun menuju ,ke tandas . Lantas , aku mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud . Aku memohon pada yang Esa .
Ya , Allah ,
Aku memohon ampun kedapamu,
Titipkanlah kebahagiaan dan cucuri roh AIMAN ASYRAF
Bayangilah aku dengan sinar imanmu ,
Rahmatilah kedua ibu bapaku,
Ya Allah,
Hapuskanlah bayangan kisah silamku,
Berikanlah kebahagiaanku ,
Kau hapuskanlah dosa AIMAN ASYRAF ,
SESUNGGUHNYA , KAU MAHA MENGAMPUN …
Aku redha dengan pemergiaannya ..
AMIN .........
best..best..best :D
ReplyDeleteyang penting,nama zul disitu eh. haha
ReplyDelete